Monday, September 21, 2009

Kecemerlangan SPM dan PMR 2009

Peperiksaan tahun SPM dan PMR ini mungkin tidak akan berulang lagi pada tahun mendatang, jadi pastikan anda berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang paling cemerlang sebagai satu sejarah yang tak mungkin anda lupakan.

Hari raya tahun ini mungkin tidak semeriah tahun lepas kerana tahun ini anda berhempas-pulas bersama buku-buku dan nota. Namun percayalah kejayaan cemerlang dalam peperiksaan tahun ini akan menjadi pengganti raya yang kekal abadi dalam sejarah hidup yang akan dikenang sehingga akhir hayat.